IZZA 'ONLINE'
17 Jan 2015
Assalamualaikum dan selamat datang . semoga pengisian dalam blog ni sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bersama . wassalam ..

pengIKUT terCINTA

Kerana itu bersebab

ASSALAMUALAIKUM






Bismillahirrahmanirrahim .. Malam ni sementara belum rasa nak tidur , aku nak kongsi satu perkara yang bagi aku rasanya sangat penting sampai aku rasa perkara ni perlu disampaikan dan dihebahkan kepada semua ..

Sebelum tu , apa yang aku nak kongsi sekejap lagi , bukan lah bererti aku sorang alim ulama' , ustazah , penceramah , pendakwah dan sebagainya . Cuma sekadar perkongsian dan hasil rundingan dan kajian daripada beberapa sumber . Ok sebenarnya semua sedia maklum tentang isu yang terhangat sehingga menjadi viral di seluruh media sosial . iaitu isu gadis melayu Islam , bertudung dipeluk dan dicium oleh artis K-pop

Memang tak dinafikan semua masyarakat sangat prihatin , concerned atas apa yang dah berlaku . Yela . Siapa tak terkejut . Aku sendiri terkejut . MashaaAllah . Astaghfirullah . SubhanaaAllah . Dugaan apa lagi yang kau turunkan buat kami . Zikir tu semua untuk ingat kan diri kita balik tentang segala yang berlaku adalah dari Allah . Sebab apa yang berlaku di atas muka bumi ni adalah atas kehendak Allah SWT .

Aku tak nafikan . Masa mula-mula aku dapat tau berita ni dari kawan aku sendiri . Jantung rasanya masa tu macam nak meletup . Macam-macam terlintas dalam fikiran masa tu . Pelbagai persoalan itu ini . Tapi aku tak boleh buat apa . Sampai satu masa ada sahabat aku bagi aku satu video tentang pendapat seorang sahabat kita mengenai isu ni . MashaAllah , aku sangat terkesan dengan apa yang dihujahkan . Sebelum ni , kebanyakan komen yang aku baca adalah negarif belaka . Yang mana semua menyalahkan gadis-gadis tu . Tapi daripada video ni , dia menyatakan sesuatu yang positif dang menyedarkan aku bahawa segala tanggapan tan tindakan aku selama ni adalah salah .

Ok baiklah .Dalam video tu secara ringkasnya , mengingatkan kita tengtang apa - apa yang berlaku dalam dunia ni adalah atas kehendak Allah . Jadi , Allah telah mengizinkan gadis-gadis tu untuk naik ke pentas . Tapi mereka diberi pilihan .Lalu diorang pun memilih untuk naik ke pentas , Ya memang pilihan mereka salah . Ingat ! Allah yang mengizinkan itu dan bersebab . Sebab yang kita tak tau .

Cuba kita renung balik , sebab apa Allah izinkan diorang untuk buat sedemikian . Sahabat , Allah kurniakan kita akal untuk berfikir . Jadi , mungkin ketentuan Allah ni nak bagi pengajaran dekat kita dan remaja yang lain . Tapi , apa yang kita buat bila Allah turunkan masalah macam ni ? Kita salah kan diorang , kita cemuh , kita caci , seolah-olah diorang tak diberi peluang untuk hidup pada masa akan datang . Bayangkan apa yang mereka rasa . Apa pula yang dihadapi oleh ahli keluarga diorang . Astaghfirullah . Bayangkan pula kalau mereka sendiri adalah ahli keluaraga kita . Apa kita rasa bila masyarakat dari seluruh pelusuk mempersoalkannya .

Korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ? Dakwah . Macam mana Rasulullah sampaikan dakwah ? Macam mana Rasulullah menegur sahabat baginda yang melakukan kesilapan ? Adakah Rasulullah mencaci ? Memaki hamun ? Jawapannya ada dalam diri sahabat sekalian sendiri . Dan siapa pula yang mencaci ini ? siapa ? Jawapannya juga ada dalam diri sahabat sekalian .

Jadi , sebagai kesimpulannya . Diharapkan kita sama-samalah perbaiki diri dan muhasabah balik atas apa yang berlaku . Tak rugi pun . Tak susah pun . Doakan mereka itulah yang terbaik . Wallahualam

NEW YEAR GIVEAWAY BY HAZIMAH.


Assalamualaikum dan hai semua :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Nama:Izza Najwa
Nama Facebook: Ana Izza
Nama Instagram: eyzizza
Nama Twitter : eyzizza

CERITAKAN SEDIKIT TENTANG BLOG DAN TULIS AZAM 2015 UNTUK BLOG



Hai , untuk azam thn 2015 .. tak minta lebih pun untuk blog ni . cuma aku berharap Allah kurniakan lebih banyak ilmu dan idea supaya aku dapat curahkan dekat blog aku untuk dimanfaakan bersama

 SENARAI HADIAH

Hadiah Misteri x1 by Liya Winchester
Buku Nota Mini x1 by Nurhazimah Hanan

Topup RM5 x1 by Muhammad Khairil
Topup RM5 x1 by Nurul Farhanah
Topup RM5 x2 by Dayana Edie
Topup RM10 x1 by Aiman Liyana
Topup RM10 x1 by Fatin Vavavoom
Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
Topup RM10 x3 by Mek Zombie

Review x3 by Farhanah Adzlan
Review x2 by Delaila Delyana
Review x4 by Nurhazimah Hanan
Review x5 by Syuhaidah Ayub

Bloglist x5 by Farhanah Adzlan
Bloglist x4 by Nur Khairiah
Bloglist x5 by Delaila Delyana
Bloglist x3 by Syira Lokman
Bloglist x2 by Liyana Zulkefly
Bloglist x2 by Aina Nabila
Bloglist x5 by Syuhaidah Ayub
Bloglist x5 by Nafisa Nurulain
Novelcomel Rahsia Hati Mr. Lobak-lobak x1 by Fawwaz Dalila
Novel Mr. Right Berkopiah x1 by Nurul Farhanah
Novel Terima Kasih, Adik-adikku! x1 by Nurhazimah Hanan
Novel Blink Book x2 by Deena Hassan

Blog Full Edit x1 by Fawwaz Dalila
Doodle x2 by Dayang Deno
Simple Header x1 by Liyana Zulkefly
Header x2 by Aina Nabila
Header x1 by Illie Saffiya
Gambar Sidebar x1 by Illie Saffiya
Cursor Nama x2 by Noor Izwani Eliyana
Gelang Loombands x1 by BudakVanilla Islam
Gelang x1 by Nur Yusra
Vitamin C Shaklee x2 by Mashitah Mamat
Kapur Kasut Putih x1 by Nurin Aqilah
Brooch x1 by Button and Cuteness
Bloglist selama lima bulan untuk semua peserta by Nurhazimah Hanan

Hadih Misteri x1 by Nurhazimah Hanan
Review Blog x1 by Nurhazimah Hanan
Bloglist selama lima bulan untuk semua sponser by Nurhazimah Hanan

MANGSA TAG: *tag 3 people here and let them know*

adliyah
tasha
anis

1st Mini CASH Giveaway 2015 : www.bubblynotes.com

ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirrahmanirrahim .. hai semua yang tengah baca post aku ni . Dah selesai solat maghrib semua ? yang dah Alhamdulillah . Bagi mereka yang belum , tutup lah sekejap ye . hihi tak ambik masa yang lama pun .



Ok .Kita teruskan ye . So, giveaway kali ni kita join dari sis ni namenye Farah . Kali ni giveaway yang aku nak join lain daripada yang lain siket .. Nak tau apa yang lain ? Lainnya sebab hadiah yang disediakan berupa wang ringgit . Haaa selama ni dalam banyak banyak GA yang aku join mostly semua sediakan buku , bantal , produk kecantikan dll .

So, excitednya lain siket kali ni . Hehe . Mood pun lain daripada lain .. Kita dah mulakan dengan Bismillah , jadi sis Farah mintak kita cerita serba siket tentang diri dia .. Sejujurnya aku tak kenal sangat sis ni . Tadi baru lepas menjengah ke blog beliau lepastu baca biodata beliau . Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta . Ha gituuuu . Jom kita berkenalan sikit .

Tapi sebelum tu , nak tau tak apa yang mengejutkan aku bile baca serba sedikit tentang beliau ? Dan menyebabkan aku punya hormon excited ni membuak sampai tahap maximum . Ok macam ni .
Lepas aku baca biodata kak Farah ni , alangkah terujanya aku bile beliau bagitau yang die graduated dari UITM in accountancy .  Ha kasi bold , highlight , colourful sikit perkataan tu . Akaun adalah salah satu subjek yang aku ambik dalam SPM lepas . Akaun ni pun one of my favourite subject selain addmath . Dalam perancangan aku , aku nak sambung matriks dalam account , IPT, dan kerjaya aku suatu ari nanti InshaaAllah .

Jaid , bila dah jumpa kak Farah ni (eh , belum jumpa lagi ) Rasa macam jodoh pulak . Aku nak ikut perkembangan kak Farah ni . Nak tau macam mana beliau boleh capai cita-cita beliau ? Apa rahsi kejayaan beliau ? Allahu , gembira tak terkata .. Ok ok melebih dah ni . Rasa cukup sampai di sini .. Wassalam ..

ShoutMix chat widget