IZZA 'ONLINE'
17 Jan 2015
Assalamualaikum dan selamat datang . semoga pengisian dalam blog ni sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bersama . wassalam ..

pengIKUT terCINTA

Kerana itu bersebab

ASSALAMUALAIKUM






Bismillahirrahmanirrahim .. Malam ni sementara belum rasa nak tidur , aku nak kongsi satu perkara yang bagi aku rasanya sangat penting sampai aku rasa perkara ni perlu disampaikan dan dihebahkan kepada semua ..

Sebelum tu , apa yang aku nak kongsi sekejap lagi , bukan lah bererti aku sorang alim ulama' , ustazah , penceramah , pendakwah dan sebagainya . Cuma sekadar perkongsian dan hasil rundingan dan kajian daripada beberapa sumber . Ok sebenarnya semua sedia maklum tentang isu yang terhangat sehingga menjadi viral di seluruh media sosial . iaitu isu gadis melayu Islam , bertudung dipeluk dan dicium oleh artis K-pop

Memang tak dinafikan semua masyarakat sangat prihatin , concerned atas apa yang dah berlaku . Yela . Siapa tak terkejut . Aku sendiri terkejut . MashaaAllah . Astaghfirullah . SubhanaaAllah . Dugaan apa lagi yang kau turunkan buat kami . Zikir tu semua untuk ingat kan diri kita balik tentang segala yang berlaku adalah dari Allah . Sebab apa yang berlaku di atas muka bumi ni adalah atas kehendak Allah SWT .

Aku tak nafikan . Masa mula-mula aku dapat tau berita ni dari kawan aku sendiri . Jantung rasanya masa tu macam nak meletup . Macam-macam terlintas dalam fikiran masa tu . Pelbagai persoalan itu ini . Tapi aku tak boleh buat apa . Sampai satu masa ada sahabat aku bagi aku satu video tentang pendapat seorang sahabat kita mengenai isu ni . MashaAllah , aku sangat terkesan dengan apa yang dihujahkan . Sebelum ni , kebanyakan komen yang aku baca adalah negarif belaka . Yang mana semua menyalahkan gadis-gadis tu . Tapi daripada video ni , dia menyatakan sesuatu yang positif dang menyedarkan aku bahawa segala tanggapan tan tindakan aku selama ni adalah salah .

Ok baiklah .Dalam video tu secara ringkasnya , mengingatkan kita tengtang apa - apa yang berlaku dalam dunia ni adalah atas kehendak Allah . Jadi , Allah telah mengizinkan gadis-gadis tu untuk naik ke pentas . Tapi mereka diberi pilihan .Lalu diorang pun memilih untuk naik ke pentas , Ya memang pilihan mereka salah . Ingat ! Allah yang mengizinkan itu dan bersebab . Sebab yang kita tak tau .

Cuba kita renung balik , sebab apa Allah izinkan diorang untuk buat sedemikian . Sahabat , Allah kurniakan kita akal untuk berfikir . Jadi , mungkin ketentuan Allah ni nak bagi pengajaran dekat kita dan remaja yang lain . Tapi , apa yang kita buat bila Allah turunkan masalah macam ni ? Kita salah kan diorang , kita cemuh , kita caci , seolah-olah diorang tak diberi peluang untuk hidup pada masa akan datang . Bayangkan apa yang mereka rasa . Apa pula yang dihadapi oleh ahli keluarga diorang . Astaghfirullah . Bayangkan pula kalau mereka sendiri adalah ahli keluaraga kita . Apa kita rasa bila masyarakat dari seluruh pelusuk mempersoalkannya .

Korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ? Dakwah . Macam mana Rasulullah sampaikan dakwah ? Macam mana Rasulullah menegur sahabat baginda yang melakukan kesilapan ? Adakah Rasulullah mencaci ? Memaki hamun ? Jawapannya ada dalam diri sahabat sekalian sendiri . Dan siapa pula yang mencaci ini ? siapa ? Jawapannya juga ada dalam diri sahabat sekalian .

Jadi , sebagai kesimpulannya . Diharapkan kita sama-samalah perbaiki diri dan muhasabah balik atas apa yang berlaku . Tak rugi pun . Tak susah pun . Doakan mereka itulah yang terbaik . Wallahualam

0 budak peramah:


ShoutMix chat widget